PENGURUSAN KURIKULUM

PANDUAN JAWATANKUASA PANITIA MATA PELAJARAN
( Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 )


1. STRUKTUR DAN ORGANISASI

1.1 Sebuah adab ikhtisas yang dianggotai oleh setiap guru yang mengajar semua mata pelajaran yang sama dan wakil guru kelas.
1.2 Dipimpin dan dikendalikan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran atau Guru Kelas yang di lantik oleh Guru Besar.
1.3 Semua Ketua panitia mata pelajaran secara automatik menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
1.4 Ketua panitia mata pelajaran bertanggungjawab membawa keputusan perjumpaan/mesyuarat panitia-panitia isu-isu atau masalah-masalah kurikulum dan pengajaran kepada Guru Besar untuk mendapatkan penyelesaian atau untuk makluman.
1.5 Ketua Panitia memaninkan peranan penting un tuk berhubung dengan Guru Besar bagi membentangkan masalah-masalah atau isu-isu yang sedang di hadapi dan mengesyorkan segala cadangan atau permintaan ahli-ahli panitia berhubung dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran.



2. TUJUAN PANITIA MATA PELAJARAN


2.1 Memeperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
2.2 Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi dan yang inivatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecendorongan para pelajar terhadap pembelajaran.
2.3 Memeperbaiki prestasi pelajar dalam peperiksaan ( berasaskan sekolah dan awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada prestasi/target yang ditunjukkan dalam ruangan akademik sekolah.
2.4 Mewujudkan semangat bekerjasama di antara panitia mata pelajaran dengan persatuan atau kelab akademik.








3. PERANAN PANITIA

3.1 Memperoleh sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan ahli-ahli panitia.
3.2 Menyediakan rancangan mengajar untuk dua semester dalam tahun persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan diantara guru didalam sesuatu darjah dan juga diantara dimana ada kaitan.
3.3 Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk digunakan oleh pelajar-pelajar berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka.
3.4 Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan –bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran para pelajar dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah.
3.5 Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah ) yang disediakan bagi tiap-tiap darjah dan jika perlu menubuhkan bank soalan.
3.6 Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan pelajar-pelajar dalam tiap-tiap peperiksaan berasaskan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir tahun) dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pengajaran dan pembelajaran.
3.7 Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala(dari masa ke semasa) sekurang-kurangnya sekali sepenggal dan mengadakan perjumpaan secara ~ ad hoe~ jika perlu.
3.8 Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal atau tidak formal) untuk memikirkan dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu yang berkaitan seperti masalah-masalah yang berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari jalan penyelesaian kepada masalah-masalah atau isu-isu tersebut.
3.9 Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah mengikuti kusus atau seminar dengan ahli-ahli lain.
3.10 Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuandisekolah dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.
3.11 Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiuran,pengalaman dan kepakaran dengan panitia-panitia disekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan.
3.12 Bekerjasama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha kearah memajukan pelajar-pelajar yang lemah dalam mata –mata pelajaran tertentu.
3.13 Melantik seorang SETIAUSAHA dari kalanagn ahli untuk menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia.
3.14 Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat,surat-menyurat dan rekod-rekod berkaitan.
3.15 Merancang program yang terkini yang diarahkan oleh Kementerian,JPN atau PPD Kinta.